Sunday, July 29, 2012

Sahabat dan kengkawan yang ingin beralih arah sila ambil perhatian dan tindakan
Kekosongan Jawatan Sebagai Pensyarah Di Kolej-Kolej Matrikulasi
Bahagian Matrikulasi mempelawa calon yang berkelayakan berpotensi untuk mengisi jawatan Pensyarah DG44 di kolej-kolej Matrikulasi.Permohonan jawatan boleh dipohon di talian
http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php/component/content/article/34-laman-utama/377-permohonan-jawatan-pensyarah-gred-dg44

Friday, July 27, 2012

Dah dua hari tak buka blog ni ada memcm bende nk buat n nak catatkan, firstly, 1st observe dah solosai den kono, prof dtg dgn penunjuk arah KW, teruk jugo den kono 2/8 je skor, tapi x pe prof ckp dia akan beri skor penuh pada 2nd observe samada di tempat berkecuali atau di USIM 13 Ogos nnt.

Monday, July 23, 2012

Hari ni ada info drp KW katanya ada penyeliaan, so kena siap sedia dgn report dan hasil dapatan sepanjang 3 minggu Internship. Petang nanti PP minta belikan Nasi Kerabu di simpang masuk TKJ, my 2nd son plak prefer Nasi Ayam Baser, so got to rush there after TKJ, klu dan gak, nk singgah beli popia basah n satar kt Pasak, so minta PP bli murtabak je...

Sunday, July 22, 2012

Catatan Perjalanan Internship 2
Minggu ke4
Diam tak diam, duduk tak duduk, pejam celik dah minggu ke-4 rupanya bermastautin menumpang di PPDaKT dibawah seliaan CikLi dan CikLan. Staf disini ramai yang ramah dan ada yang dikenali terutama ZamSaf, CikMajid, KakAni, CikZam dan tak kurang juga yang baru dikenali cam CikRoy (sume Cik dlm catatan ni adalah kependekan drp Encik, jgn saloh paham pulok). Esok penyelia Internship Prof.MH akan datang tengok studentnya yang masih termanggu wat internship ni. Tak taulah, yang dibuat ni, betul ke tak, pakai hemtam sajala... Ada gak tanya KakWan di PPDK berkongsi maklumat dan pengalaman. Semalam PG ada call tanya pasal penyeliaan ni, katanya arini Prof.Dato' akan g observe, siapla ko PG....Tapi takpe la ko PG ko ngan EMI n KA'MALA boleh sharing n caring, kwe, nk share dgn sape.... Sorry, catatan ni takde gambar, photographing is phohibited here as this a goverment office, tp tgk la kot2 prof nak gambo gak esok...

Tuesday, July 17, 2012


Kaunseling terpisah daripada elemen agama ?

Keperluan Agama Menangani Pelbagai Tekanan
Oleh: SAPORA SIPON | UTUSAN MALAYSIA | 04/02/2005
Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Islam,  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
BIDANG ilmu kaunseling seringkali menarik perhatian ramai di atas sifatnya yang dilihat sebagai satu bidang yang membantu, terutama dalam menangani pelbagai persoalan kehidupan manusia. Membicarakan mengenai kaunseling, kita tidak dapat lari daripada teori, kaedah dan teknik kaunseling yang dibawa dari Barat. Nama-nama seperti Sigmund Freud, Carl Rogers, Albert Ellis sangat sinonim dengan ilmu kaunseling. Teori-teori yang mereka bawa menyinari bidang kaunseling dan begitu meluas digunakan sama ada di dunia timur atau Barat. Peranan kaunseling dalam proses membantu sememangnya diakui. Namun terdapat pandangan sinis dan negatif yang melihat kaunseling seringkali mengabaikan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan manusia, iaitu elemen agama mahupun kerohanian. Persoalan yang memerlukan jawapan ini juga boleh menyeret kepada satu persoalan lain, iaitu kaunseling adalah satu bidang ilmu yang tidak lagi begitu relevan diaplikasi atas dasar tidak mempunyai elemen asas manusia, iaitu elemen keagamaan dan kerohanian.
Pandangan bahawa kaunseling terpisah daripada elemen agama didasari mungkin oleh pendapat tokoh-tokoh kaunseling dan psikoterapi, seperti Sigmund Freud yang kuat berpegang kepada prinsip tidak memasukkan unsur agama dalam teori kaunseling dan psikoterapi mereka. Sigmund Freud menganggap bahawa agama sebagai satu ilusi dan boleh mengherotkan pandangan manusia terhadap kehidupan. Ini dipersetujui sendiri oleh Henning dan Tirrel (1982) yang mengatakan isu keagamaan dan kerohanian telah dikesampingkan dalam teori psikologikal dan klinikal kaunseling. Oleh itu adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan apabila ahli psikoterapi juga tidak menangani isu agama apabila berhadapan dengan klien.
Ilmu Psikologi (kaunseling adalah cabang kepada ilmu psikologi) dan psikatris wujud pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke 20. Ketika itu ilmu sains telah berjaya mencabar autoriti ahli-ahli agama sebagai penyampai kepada sumber ilmu dan kebenaran (Appleyard, 1992, Barbour, 1990). Teori Newton telah banyak mempengaruhi kemajuan dunia sains ketika itu. Ia juga telah membuka ruang untuk aliran yang berbentuk deterministik dan mekanistik (Lucas, 1985). Aliran pemikiran ini membenarkan ahli-ahli sains mempercayai bahawa kehidupan dan perjalanannya boleh diperjelaskan tanpa merujuk kepada kuasa Tuhan.
Teori evolusi Charles Darwin pula semakin mendapat perhatian ramai dan diterima dari sudut saintifik sebagai satu penerangan mengenai asal usul kejadian manusia (Lucas, 1990). Kejayaan bidang sains ditambah pula dengan kelemahan institusi agama telah menyumbang kepada penurunan pengaruh agama mengenai penjelasan mengenai kejadian manusia dan alam sejagat. Akibatnya, pada waktu itu, ramai berpendapat bahwa ilmu sains, bukannya agama yang dapat menjawab misteri mengenai alam sejagat ini.
Dalam usaha membentuk ilmu psikologi dan psikatris sebagai satu bidang sains yang dihormati, Sigmund Freud dan pengasas aliran terapi tingkah laku seperti Watson, Thorndike dan Skinner menerima falsafah yang berbentuk saintifik sebagai premis teori-teorinya. Oleh itu aliran pemikiran yang berbentuk naturalism, determinism, universalism, reductionism, atomism, materialism, ethical relativism, ethical hedonism, positivism dan empiricalism mempunyai pengaruh yang amat kuat ke atas dunia sains dan dijadikan sebagai asas falsafah sains tingkah laku.
Ahli-ahli psikologi ketika itu juga menganut aliran relativism ethical dan ethical hedonism. Pengaruh teori evolusi Darwin menyebabkan Freud dan ahli-ahli psikologi lain pada waktu itu berpandangan bahawa kejadian manusia secara semula jadinya adalah hampir sama dengan kejadian binatang. (Lundin, 1985). Mereka berpendapat bahawa manusia pada asasnya adalah bersifat hedonistik dan menolak sama sekali unsur moral dan etika yang boleh dioptimakan dalam diri manusia.
Pandangan ini bagaimanapun ditentang oleh Bergin (1980) yang berpandangan bahawa pemikiran hedonistik adalah berlawanan dengan konsep-konsep asas dalam ajaran agama, iaitu yang melihat manusia sebagai beretika dan mempunyai unsur kerohanian dan keagamaan. Pemisahan agama dalam bidang kaunseling juga mungkin ada kaitannya dengan usaha Barat untuk mengasingkan ilmu agama dengan ilmu sekular yang lahir daripada konsep the separation of state dan church.
Pada ketika itu juga, ahli teori, pengkaji dan ahli psikoterapi mempercayai bahawa nilai boleh diasingkan daripada teori psikologi, penyelidikan dan latihan (Patterson, 1958). Ahli terapi diandaikan sebagai bahan yang kosong, bersifat objektif dan bersifat tidak menghukum. Ia juga berpunca daripada konsep bahawa sesuatu ilmu itu perlu bersifat objektif dan empirikal dan bebas nilai. Bagaimanapun, pengasingan yang wujud antara profesion kaunseling dan kesihatan mental dengan agama selama hampir sepanjang abad ke 20 semakin berakhir. Pada akhir tahun 1940an dan berterusan pada abad 1960an dan 1970an, kepercayaan bahawa nilai boleh diasingkan daripada teori psikologikal telah dicabar secara teori dan praktikalnya. (Beutler, 1972).
Dalam tahun-tahun 1990an, banyak artikel yang ditulis mengaitkan isu agama dan kerohanian dalam kesihatan mental seperti kaunseling dan psikoterapi yang diterbitkan dalam jurnal-jurnal utama dalam bidang ini. Begitu juga banyak pembentangan diadakan di konvensyen dan seminar kesihatan mental. Buku-buku yang berkaitan dengan tajuk ini semakin bertambah. Contohnya dalam tahun 1996, American Psychological Association (APA) telah menerbitkan buku yang pertama berkaitan dengan tema keagamaan (Shafranske, 1996). Setahun kemudian sebuah lagi buku yang ditulis oleh Richard dan Bergin (1997) diterbitkan dan diikuti oleh Miller (1999).
Di dalam agama Islam sendiri terdapat usaha yang dilakukan untuk merawat masalah kesihatan mengikut kaedah yang menggunakan pendekatan agama. Salah satu tanda bahawa aspek agama dan kerohanian semakin menjadi penting dalam bidang kaunseling, ialah beberapa organisasi profesional dalam bidang ini untuk pertama kalinya mengakui bahawa agama adalah satu elemen yang perlu dihormati. (APA, 1992, American Counseling Association, 1995). Kemasukan elemen agama dalam ilmu kaunseling dan psikoterapi juga berlawanan dengan kepercayaan bahawa satu-satunya cara untuk memperoleh pengetahuan dan pemahaman mengenai dunia ini ialah melalui aplikasi yang bersifat kuantitatif dan eksperimen. Pandangan ini semakin berubah apabila semakin ramai yang mengakui keperluan kaedah epistemologi dan metodologi pluralism dalam kajian mereka (Greenberg, Elliot dan Litaer, 1994). Hasilnya, pada akhir abad 1970an dan awal 1980an, telah dipersetujui bahawa sesuatu yang mustahil untuk mengasingkan nilai dari sudut psikologikal (Bergin, 1980).
Telah dibuktikan bahawa sebahagian besar ahli profesional mempercayai nilai manusia dan gaya hidup mempunyai kesan yang mendalam ke atas kesihatan mental dan keberfungsian emosi dan sesetengah nilai lebih mengikut kesejahteraan mental daripada yang lain. (Jensen & Bergin, 1988). Kajian membuktikan agama memainkan peranan penting dalam menangani pelbagai persoalan terutama apabila mengalami tekanan. Agama juga penting dalam konteks berdaya tindak. Belavich (1998) membuktikan sembahyang dan kepercayaan kepada Tuhan dilihat sebagai dua sumber berdaya tindak yang paling popular. Sumber berdaya tindak lain termasuk bimbingan daripada orang-orang alim dan berkomunikasi kepada Tuhan melalui upacara sembahyang. Ini dipersetujui oleh Hathoway dan Pergament (1992) yang menjelaskan apabila berha-
dapan dengan masalah, individu yang beragama mempunyai berbagai-bagai jenis berdaya tindak yang diambil dari aspek kerohanian dan kognitif.
Beberapa kajian mengaitkan hubungan antara elemen kerohanian/agama dan peningkatan kebolehan berdaya tindak apabila berlakunya krisis. Kajian yang dilakukan oleh Folkman & Lazarus (1999) ke atas sekumpulan ahli profesional lelaki dan wanita yang menghadapi masalah psikologikal yang tinggi, mendapati bahawa subjek kajiannya yang mempunyai tahap kerohanian yang tinggi mempunyai masalah penyakit yang kurang jika dibandingkan dengan subjek yang mempunyai tahap pegangan agama yang rendah. Kajian empirikal menunjukkan agama seringkali dihubungkaitkan secara positif dengan kesihatan mental, emosi dan keberfungsian sosial (Bergin, 1991). Kajian oleh Glaser dan Bozarth (2001) mendapati kerohanian yang positif adalah sangat perlu untuk perkembangan diri yang sihat dan keberfungsian. Individu yang mempunyai identiti kerohanian yang positif berfungsi lebih baik dari segi interpersonal dan emosi individu.
Keperluan agama dalam merawat masalah psikologikal diakui oleh West (2002) yang berpendapat kerohanian atau keagamaan menjadi sebahagian daripada kehidupan dan dilihat serta diakui sebagai sesuatu yang sangat berharga. Oleh itu West berpendapat sudah tiba masanya ahli terapi membincangkan realiti akan kepentingan elemen kerohanian dalam kaunseling. Ia juga sebagai satu usaha untuk melawan syak wasangka dan prejudis terhadap kaunseling yang menafikan kewujudan elemen agama. Ini kerana mengikut Richards dan Bregin (19997) klien yang bertindak berlawanan dengan nilai dan sistem akan menghadapi masalah emosional dan interpersonal.
Individu yang tidak mempunyai pegangan agama dalam kehidupannya seringkali tidak akan merasa berhubungan dengan kasih sayang Tuhan dalam kehidupan mereka serta kurang tujuan dan makna dalam kehidupan (Bergin et al, 1994). Sebaliknya, individu yang mempunyai identiti kerohanian yang tinggi selalu merasa berhubung dengan Tuhan dan merasa harga diri yang lebih tinggi, mempunyai makna tujuan dalam kehidupan dan berupaya memenuhi potensi diri yang lebih bermakna.
Ahli-ahli sosial berpandangan agama dilihat sebagai satu sumber psikologikal dan kestabilan sosial. Agama juga berperanan sebagai satu mekanism untuk membantu menghadapi kesukaran kehidupan. Ini kerana institusi keagamaan dan sistem kepercayaan berfungsi sebagai satu mekanism yang bersifat pencegahan. Banyak bukti empirikal mencadangkan kepercayaan agama, latihan dan institusi menjadi berkesan dengan peranan pencegahannya. Penglibatan agama yang diukur melalui pelbagai cara dilihat mengurangkan kejadian membunuh diri, penggunaan dan penyalahgunaan dadah dan alkohol serta perpecahan keluarga (Payne, Bergin, Bielema & Jenkins, 1992).
Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh American Counseling Association, kaunselor melihat agama dan aspek ke-
rohanian sebagai satu komponen penting dalam kesihatan mental. Kajian tersebut juga mendapati 64 peratus subjek kajiannya mempunyai kepercayaan terhadap Tuhan dan 70 peratus terlibat dalam organisasi keagamaan. Dapatan kajian ini selari dengan pandangan Hays (1982) yang mendapati bahawa individu yang mempunyai pengalaman agama mempunyai tahap kesejahteraan psikologikal yang tinggi.
Veness (1990) mencadangkan agar kaunselor, walaupun lebih banyak memberi perhatian kepada perkembangan psikologikal dan integrasi klien, perlu menyesuaikan diri dengan dimensi kerohanian. Ulama juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai masalah psikologikal. Beliau mengatakan bahawa pemisahan antara dua peranan boleh menghasilkan satu ketidakseimbangan. Ini kerana mengikut Richards dan Bergins (1997), klien yang bertindak berlawanan dengan nilai dan sistem akan menghadapi masalah emosional dan interpersonal.
Berbeza dengan rakan dan keluarga yang boleh datang dan pergi, Tuhan dilihat sebagai teman yang sentiasa bersama-sama setiap masa. Walaupun tidak boleh dilihat, Tuhan sentiasa berada untuk memberi bantuan secara emosional dan bimbingan dalam masa kesusahan. Kajian juga mendapati individu yang melibatkan Tuhan sebagai kawalan dalam berdaya tindak terhadap stress mempunyai tahap kebimbangan yang rendah (Schaedfer & Gorsuch, 1991), kesihatan fisikal dan mental yang lebih baik (McIntosh & Spilka, 1990) dan kecekapan psikososial yang lebih tinggi.
Sebab-sebab penglibatan kesan spiritual dan agama tidak difahami dengan jelas. Ada yang menjelaskan antara sebab-sebab keperluan agama ialah ia dapat meningkatkan gaya hidup yang sihat, memberi perasaan kawalan oleh Tuhan, menyediakan harapan, memberi makna dan rasa optism diri. Kepercayaan agama dan kerohanian tidak boleh dilihat sebagai sesuatu neurosis dan ketidakupayaan sesuatu yang boleh dirawat. Sebaliknya, kebanyakan ahli terapi melihat kepercayaan spiritual dan tingkah laku adalah sumber yang paling berkesan dalam meningkatkan perubahan teraputik.
Ilmu kaunseling kini tidak boleh dilihat sebagai satu ilmu yang cuba mengasingkan aspek agama. Ini kerana terdapat banyak percubaan yang dilakukan untuk memastikan bahawa kaunseling yang dijalankan bersifat menyeluruh dan meliputi kesemua aspek kehidupan manusia. Kaunseling perlu dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang dapat membantu manusia dalam kesejahteraan kehidupannya. Manfaatnya adalah sama seperti ilmu-ilmu lain yang dianugerahkan oleh Tuhan sebagai jalan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Kini terpulang kepada manusia yang dikurniakan segala kebijaksanaan untuk memaksimakan kebaikannya.
PROF DATIN DR. SAPORA SIPON, Pensyarah Program Kaunseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Islam,  Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

NICOTINE,SHABU,GANJA...BAHAYA..!!!

NICOTINE

Lebih dari 1/6 penduduk dunia menghisap rokok, data dari sensus ini tidak termasuk orang yg menghisap asap rokok secara pasif (second smokers).
Bahan dasar dari rokok adalah daun tembakau (genus nicotiana) yg telah dihancurkan, sedangkan pada rokok kretek selain daun tembakau ditambahkan pula bunga cengkeh sebagai bahan dasar. Sedangkan bahan tambahan (additive) dari setiap merek dan jenis rokok sangat bervariasi, ada sekitar 600 macam bahan kimia additive yg berasal dari alami maupun sintetik yg ditambahkan kedalam rokok untuk mempengaruhi citra, rasa, dan wangi dari setiap jenis rokok maupun merek rokok.
Pada daun tembakaunya sendiri mengandung bahan psikoaktif nicotine yg dicari seorang pecandu rokok pada saat dia menghisap rokok. Efek dari nicotine yg masuk ke dalam peredaran darah yaitu meningkatkan jumlah hormon acetylcholine, dopamine, vasopressin, beta-endorphine yg diproduksi oleh otak, serta hormon adrenaline dan noradrenaline yg diproduksi oleh kelenjar adrenaline yg terletak bersamaan dengan organ ginjal.
Oleh karena dapat meningkatkan hormon dopamine yg merupakan hormon yg mengendalikan reward system di dalam otak (rasa kepuasan dan kenikmatan dalam mencapai/mendapatkan sesuatu, contoh: uang, makanan yg sedap, sex, dan hobby) serta meningkatkannya pula hormon beta-endorphine yg bisa menyebabkan munculnya rasa relax, berkurangnya rasa sakit atau kekhawatiran, dan meningkatkan konsentrasi pikiran sehingga rokok secara positif menyebabkan kecanduan psikologis.
Dari fakta2 diatas tidak heran rata2 para pecandu rokok akan mengulangi kebiasaannya untuk menghisap rokok kembali setelah melakukan hal2 sehari seperti pada waktu selesai makan, sesudah melakukan hubungan sex, ketika menjalani kegiatan hobby (contoh: clubbing atau shopping), sewaktu bosan menunggu & buang air besar, atau ketika mendapatkan uang/gaji/keuntungan lainnya.
Padahal di dalam kandungan rokok selain nicotine terdapat pula zat2 lain yg berbahaya bagi tubuh yaitu zat2 yg bersifat toxic dan juga zat2 ini bersifat carcinogen (mendukung munculnya sel2 kanker).
Zat2 ini antara lain adalah:
1. acetone (penghapus cat kuku)
2. HCN/hydrogen cyanide (toxic gas)
3. CO/carbon monoxide (toxic gas)
4. arsenic (very toxic dan carcinogen)
5. ammoniac (toxic gas dan corrosive)
6. mercury (toxic)
7. lead (toxic)
8. benzopyrene (toxic & carcinogen)
9. acrolein (carcinogen)
10. nitrosamines (carsinogen)
11. formaldehylde (carcinogen)
12. acrylaminde (carsinogen)
13. cadmium (bahan batu baterai yg menggantikan penyerapan mineral zinc oleh tubuh)
Penghisapan rokok dalam kuantitas besar per harinya (>10 batang) serta dalam jangka waktu panjang menyebabkan:
1. kanker paru2, payudara, mulut, dan rongga pernafasan
2. penyakit jantung koroner
3. darah tinggi dan stroke
4. bronchitis
5. hyperthyroid
6. kelainan janin pada kelahiran anak
7. katarak
8. impotence


MORPHINE.
Tumbuhan opium (papaver somniferum) telah digunakan oleh masyarakat Sumerian di daerah Mesopotamia pada masa sekitar 3400SM, mereka menyebut tanaman ini dengan nama Hul Gil yg artinya Tumbuhan Senang. Mereka juga telah memanfaatkan getah dari opium sebagai peredam rasa sakit pada saat dilakukan pembedahan yaitu dengan cara diolesinya getah opium pada pisau yg akan membedah si pasien.
Di dalam kandungan getah opium terdapat berbagai senyawa opioid yaitu morphine (senyawa yg paling aktif), codein, thebaine, serta dua senyawa lain yg berbeda mekanisme kerjanya yaitu papaverin, dan noscapine.
Sebelum ditemukannya cara untuk pemisahan (isolasi) senyawa morphine dari getah opium pada tahun 1804 di German, getah opium ini dikonsumsi oleh berbagai kalangan di seluruh dunia untuk keperluan rekreasi dengan cara dicampur dengan tembakau lalu dibakar dan dihisap asapnya. Campuran antara tembakau dan getah opium ini disebut juga dengan kataMadat. Oleh karena harganya yg mahal maka diperdagangkanlah madat di seluruh penjuru dunia oleh bangsa barat. Sehingga pada masa itu dikenal banyak tempat2 yg disebut dengan sarang madat (opium den) yg digunakan masyarakat untuk menghisap madat dan prostitusi.
Pada masa penjajahan Bangsa Belanda di Indonesia, mereka juga telah memperdagangkan madat khususnya kepada masyarakat keturunan Tionghoa oleh karena dahulu sebagian besar pedagang di Indonesia adalah masyarakat keturunan Tionghoa ditambah pula masyarakat pribumi yg sebagian besar beragama Islam secara jelas2 mengharamkan pemakaian madat, sehingga di kota Batavia (Jakarta) sendiri pada masa itu telah menjamur sarang2 madat yg berlokasi di sekitar daerah yg saat ini disebut Glodok dan Mangga Besar (dahulu bernama Madat Besar).
anti-cocain
Setelah berhasil dipisahkannya morphine dari getah opium serta ditemukannya jarum suntik pada tahun 1853 barulah dikenal cara penyuntikan morphine oleh para pemakainya. Kata morphine diambil dari kata Morpheus yaitu nama salah satu dewa bangsa Yunani yg disebut sebagai dewa mimpi. Sebenarnya molekul morphine sendiri merupakan salah satu senyawa alami yg diproduksi oleh tubuh manusia dan hewan mamalia yg disebut dengan endorphine dan berfungsi untuk membantu tubuh mengatasi rasa sakit secara alami (apakah Anda mengetahui kenapa penari debus/kuda lumping bisa tidak merasakan sakit pada saat mereka melakukan atraksinya?
Pada saat itu barulah disadari oleh ilmuwan bahwa morphine jauh lebih kuat efek kecanduannya dibanding madat dan alkohol. Apalagi ketika telah ditemukannya heroin (diacetylmorphine) dari hasil sintesis morphine itu sendiri, yg memiliki kekuatan bius sekitar 2x lebih kuat dari morphine dan lebih tinggi efek “rush”-nya oleh karena molekul heroin lebih mudah menembus BBB (Blood Brain Barrier) ke dalam jaringan otak ketimbang molekul morphine. Dari fakta ini dimulailah lembaran hitam baru di planet bumi tempat kita tinggal.
Padahal biji dari tumbuhan opium ini adalah salah satu bahan makanan yg sangat bergizi (mengandung asam lemak omega-3 dan omega-6) yg banyak dipakai dalam pembuatan roti dan kue di seluruh dunia sejak jaman purba. Biji opium yg disebut dengan poppy seed ini tidak mengandung senyawa morphine secara signifikan sehingga walaupun sudah dikonsumsi dalam jumlah besar (seperti yg telah dilakukan oleh Adam Savage dan Jamie Hyneman dalam salah satu serial MythBuster – Discovery Channel) bisa menyebabkan positif pada tes morphine selama kurang lebih 18 jam, akan tetapi tidak mempengaruhi efek psikologis dan kecanduan sama sekali.


SHABU.
Shabu merupakan senyawa sintetik turunan dari amphetamine dan juga turunan dari ephedrine. Shabu menyebabkan peningkatan secara drastis hormon dopamine, serotonin, dan noradrenaline dalam otak dan saraf. Senyawa methamphetamine sendiri sebenarnya sudah lama digunakan oleh para dokter untuk mengobati pasien berpenyakit narcolepsy/kelainan tidur dan attention deficit hyperactive disorder.
Tetapi belakangan ini penyalahgunaan shabu telah meningkat secara drastis, salah satu contohnya banyak pemakai cocaine yg beralih ke shabu oleh karena harganya yg lebih murah (karena 100% sintetik dan bisa diproduksi oleh orang2 awam sekalipun di dalam perumahan), efek “on” yg jauh lebih lama (sekitar 9-15 jam dibanding cocaine yg hanya sekitar 15-20 menit) dan jauh lebih mudah didapatnya di pasar gelap ketimbang cocaine.
Shabu dipakai dengan cara dibakar diatas kertas timah lalu dihisap asapnya menggunakan bong supaya asapnya disaring air terlebih dahulu, ditumbuk lalu disedot langsung menggunakan hidung, dimakan langsung, atau dilarutkan ke dalam air lalu disuntik.
Efek dari shabu antara lain :
1. hilangnya rasa sakit penyakit dan keinginan untuk tidur
2. energi yg meningkat secara drastis
3. meningkatnya rasa percaya diri serta konsentrasi
4. euphoria/senang
5. hilangnya rasa lapar (walaupun tidak semua orang merasakan demikian)
6. menjadi lebih sensitif terhadap suara, cahaya, dan sentuhan.
7. lebih aktif untuk berkomunikasi
8. perasaan bulu kuduk/belakang leher yg merinding
9. paranoid dan serangan panik
Syabu menyebabkan ketagihanan baik secara fizik maupun secara psikologi. Ciri2 ketagihanan syabu antara lain :
1. rasa menagih yg dalam untuk mengambilnya kembali (relapse)
2. depresi berat dan hilangnya rasa percaya diri
3. perasaan khuatir yg sering datang tiba2
4. sering mengalami mimpi2 buruk bahkan insomnia walaupun sangat mengantuk
5. gigi yg selalu gemetaran dan bergesekan secara berterusan
6. badan yg rasanya sakit-sakit (sebenarnya ini diakibatkan oleh faktor kekurangan tidur atau radang tengkorok atau hidung jika digunakan dengan cara dihisap asapnya atau disedut langsung menggunakan hidung)

Pemakaian jangka panjang dari shabu mengakibatkan :
1. kerosakan pada fungsi hormon dopamine, serotonin, dan noradrenaline sehingga juga ikut mengganggu fungsi keseimbangan hormon lainnya di otak (hypothalamus)
2. kerosakan paru2 (terutama bagi yg menghisap asap atau langsung), ginjal, dan liver
3. penurunan daya tahan tubuh terhadap penyakit
4. kerosakan di seluruh sistem saraf otot dan kulit yg menyebabkan gemetaran pada otot terutama di bagian gigi, tangan dan kaki serta munculnya banyak kedutan2 di seluruh tubuh
5. perasaan terdapatnya banyak “kutu-kutu” yg merayap di kulit sehingga sering membuat si penagih menggaru kulitnya terus menerus sampai terluka
6. menjadi lebih berisiko terkena serangan stroke dan penyakit jantung
7. meth mouth yaitu kerosakan berat pada gigi yg menyebabkan kehancuran dan pembusukan gigi oleh karena keadaan mulut yg terus menerus kering dan terjadinya gesekan2 secara terus menerus pada gigi

Syabu merupakan jenis narkoba pembunuh no-2 , tanpa membunuhpun dadah ini akan meninggalkan kecacatan selama berpuluh-puluh tahun kepada bekas2 penagihu tegar yg sudah berhenti mengambilnya.



GANJA(THC)
Ganja adalah tanaman sejenis cannabis sativa yg mengandung senyawa tetrahydrocannabinol terutama pada trikoma, bunga, pucuk muda, dan daun2nya.
Pemakaian ganja sebagian besar dengan cara dibakar lalu dihisap asapnya atau dengan cara dicampur dengan rokok, walaupun ada juga yg diseduh seperti teh dan diminum. Masyarakat Aceh, Medan, dan Padang terkenal menggunakan sedikit ganja untuk bumbu tambahan pada masakan khas mereka.
Walaupun penyalahgunaan ganja tidak menyebabkan ketagihan secara signifikan akan tetapi ganja merupakan pintu gerbang menuju pemakaian narkoba lain yg jauh lebih berbahaya.
Kesan2 pengambilan ganja antara lain:
1. pikiran yg menjadi lamban
2. mudah untuk tertawa terbahak2
3. penglihatan yg fokus dan pendengaran yg terngiang2
4. susah untuk konsentrasi
5. mata yg berwarna merah
6. nafsu makan yg berlebihan
Kesan pengambilan jangka panjang dari ganja menyebabkan banyak kehilangannya memori jangka panjang atau kerosakan pada otak di bagian hippocampus dan juga melemahnya daya tangkap otak untuk belajar.
Walaupun demikian serat yg dihasilkan dari tumbuhan ganja ini yg disebut dengan hemp, merupakan bahan baku yg sangat berguna dan sangat bersahabat dengan lingkungan serta kelak akan menggantikan bahan baku petroleum. Penggunaan hemp sebagai bahan baku meliputi prengeluaran keperluan barang sehari2 seperti kertas, tekstil, bio-plastik, bahan bakar, tali tambang, dan berbagai makanan bergizi tinggi.
Proses pembuatan kertas dari bahan baku hemp juga jauh lebih bersahabat dengan lingkungan ketimbang yg dibuat dari tumbuhan2 lain (contoh: kayu pinus) karena tidak diperlukannnya pemutih (bleaching) dan bahan2 beracun lainnya seperti halnya pada proses pembuatan kertas yg dihasilkan dari kayu pinus.


LSD (Lysergic Acid Diethylamide) / acid


LSD adalah senyawa semi sintetik yg di proses dari senyawa d-lysergic acir yg dihasilkan oleh sejenis jamur yg tumbuh pada tanaman gandum hitam (rye). LSD merupakan zat yg bersifat halusinogen akan tapi tidak bersifat dissociative. Selain bersifat halusinogen LSD juga mempengaruhi fungsi hormon dopamine dalam otak.
Kekuatan halusinasi senyawa LSD kurang lebih 100x lebih kuat dari senyawa psilocybin yaitu zat yg terdapat dalam jamur psilocybin (magic mushroom) dan sekitar 3000x lebih kuat ketimbang senyawa mescaline yg terdapat pada tumbuhan cactus peyote.
Efek dari tripping LSD bisa mencapai 6-8 jam, ditambah dengan 2-6 jam offset (penurunan), efek2nya meliputi:
1. meningkatnya energi dan tidak bisa tidur
2. halusinasi penglihatan seperti tembok yg bernafas, motif gambar yg bergerak dan meninggalkan jejak, perubahan bentuk benda menjadi bentuk yg lain (morphing)
3. halusinasi pendengaran sehingga music terkesan bergema dan memiliki efek chorus tambahan
4. emosi yg labil dan sangat tergantung oleh mood pada saat itu sehingga bisa menyebabkan senang, sedih, marah, takut, jengkel, atau depresi – bad trip.
5. perubahan persepsi tentang waktu
6. banyak berkeringat
7. susah konsentrasi
8. gigi geraham yg rasanya terikat
9. paranoid dan sering tiba2 teringat akan masa2 lalu
Walaupun tidak terbukti bisa menyebabkan kecanduan secara fisik, oleh karena sifatnya yg mempengaruhi kerja hormon dopamine di dalam otak yg berfungsi sebagai hormon reward system (yg mendorong munculnya perasaan puas dan nikmat akan sesuatu hal yg didapat/dikonsumsi/dicapai) sehingga LSD dapat menyebabkan kecanduan secara psikologis kecuali jika si pemakai telah mengalami bad trip terlebih dahulu.


Ketamine / special-K / happy-K

Ketamine adalah senyawa sintetik sejenis dengan PCP (Phencyclidine) yg dipakai sebagai obat anesthetic pada veterinary (dokter hewan) juga pada manusia. Sebelum ditemukan ketamine PCP-lah yg digunakan oleh dokter sebagai obat anesthetic. Setelah ketamine ditemukan pada pertengahan tahun 1960-an, ketamine lebih di favoritkan menggantikan PCP oleh karena efek redanya yg jauh lebih cepat ketimbang PCP.
Akan tetapi jika dipakai melebihi dosis yg dianjurkan, ketamine merupakan zat yg bersifat halusinogen dan sangat dissociative, bahkan delirium (tidak bisa sama sekali membedakan mana yg nyata dan mana yg tidak) sehingga bagi mereka yg sudah merasakan efek yg diakibatkan oleh ketamine ini menjulukinya sebagai efek tersedotnya jiwa ke dalam “K-hole”.
Ciri2 lain selain halusinasi dan dissociative/delirium antara lain:
1. euphoria (perasaan senang)
2. perasaan yg damai
3. energi yg bertambah
4. amnesia
5. kehilangan persepsi tentang waktu
6. merasakan jiwa yg terpisah keluar/terangkat dari tubuh
7. kehilangan kontrol gerakan otot sama sekali
8. paranoid dan serangan panik
9. merasakan NDE (Near Death Experience)
10. koma bahkan kematian yg disebabkan oleh gagal jantung atau pernafasan
Pemakaian ketamine meliputi dengan cara dihisap melalui hidung, dimakan, atau disuntik. Walaupun ketamine belum terbukti mengakibatkan kecanduan secara fisik tetapi dapat dipastikan mengakibatkan kecanduan secara psikologis serta toleransi terhadap dosis yg dipakai.
Jika dipakai dalam jangka panjang ketamine dapat mengakibatkan kerusakan pada jaringan otak (olney lession).
Selain DXM dan PCP, ketamine juga merupakan salah satu bahan pemalsu/pencampur/pengganti yg sering ditambahkan ke dalam pil2 ecstasy.
Oleh karena rasanya yg tawar, tidak merubah warna, dan hanya sedikit berbau metalik jika dicampurkan kedalam makanan atau minuman sehingga ketamine juga merupakan salah satu obat yg sering dipakai para lelaki untuk memperkosa teman kencan wanitanya (date rape drug).

Inhalant
Inhalant antara lain terdiri dari :
1. gas-gas yg dipakai dalam dunia kedokteran seperti Nitrous Oxide (N2O) dan alkil nitrite
2. beberapa jenis pelarut seperti tiner, cat, tipex, spidol , penghapus cat kuku, berbagai jenis lem
3. gas-gas yg dipakai dalam peralatan sehari2 seperti hairspray, freon, pengharum ruangan
N2O merupakan gas anesthetic yg sering digunakan oleh dokter gigi. Efek dari menghirup gas ini antara lain:
1. dissociative / sukar membedakan antara yg nyata dan yg tidak seperti dalam mimpi
2. euphoria / rasa senang berlebih
3. halusinasi ringan
4. distorsi pada pendengaran
5. hilangnya rasa sakit
Penyalahgunaan gas ini biasanya si pemakai akan terlebih dahulu memindahkannya ke dalam balon supaya suhunya tidak terlalu dingin seperti pada saat keluar dari tabung tekanan tinggi lalu akan dihirup pada saat pesta berlangsung.
Resiko kecelakaan bahkan kematian pada pemakaian N2O yaitu kekurangannya oxigen dalam darah. Pemakaian jangka panjang N2O akan mengakibatkan kerusakan pada otak (olney lession).
Gas N2O adalah salah satu gas berbahaya yg menyebabkan efek rumah kaca pada bumi, bahkan jauh lebih kuat yaitu 298x ketimbang gas CO2 itu sendiri (methane hanya 25x lebih kuat dari CO2).
Alkil nitrite (popper) terdiri atas amyl nitrite, butyl nitrite, dan isobutyl nitrite yg menghasilkan efek euphoria/senang pada si pemakainya.
Sedangkan penyalahgunaan gas2 dan pelarut2 yg dipakai dalam peralatan rumah tangga sehari2 sangat beresiko merusak otak, saraf, jantung, paru2, liver, dan ginjal. Hal ini dikarenakan sebagian besar dari zat-zat kimia ini bersifat racun bahkan akan secara kumulatif menimbun di dalam jaringan lemak si pemakai. Banyak pula dari mereka yg mengalami ketulian permanen bahkan kematian yg disebabkan oleh keracunan kimia.


Hypnotic drugs / pil bk
Pil bk adalah obat-obatan yg bersifat hipnotik dan sedatif yg di sering digunakan dokter untuk mengobati pasien yg menderita insomnia (susah tidur) atau stress berat karena jika dikonsumsi sesuai dengan dosis yg dianjurkan akan membantu membuat si pasien tidur pulas. Akan tetapi pil bk bisa menyebabkan kecanduan jika pemakaiannya dihentikan secara tiba2 yaitu akan menyebabkan si pasien menjadi semakin parah insomnianya, banyak mengalami mimpi buruk, stress, dan otot2 yg mudah kram.
Pil bk ini terdiri dari antara lain:
1. barbiturate
2. bromazepam (lexotan)
3. diazepam (valium)
4. flunitrazepam (rohypnol)
5. nitrazepam (mogadon)
6. nitradiazepam (nipam)
Jika pil bk dikonsumsi dalam dosis tinggi maka akan mengakibatkan si pemakainya menjadi mabuk teler, dengan ciri2 antara lain:
1. tutur kata tidak jelas
2. emosi menjadi tidak stabil sehingga mudah marah dan tersinggung
3. menjadi berkepribadian ganda (schizophrenia)
3. berani untuk melakukan hal2 yg tidak mungkin dilakukannya ketika masih sedar
4. lupa akan kejadian masa khayal pada selepas penagih sedar dari khayal.
Oleh karena harganya yg relatif murah pil bk ini banyak disalahgunakan oleh kalangan masyarakat menengah kebawah.
Menurut pengakuan dari para pengguna pil bk, ada orang yg memakainya menjadi berani untuk berantem atau bertindak anarkhi, ada yg menjadi berani untuk mengemis, mencuri atau merampok, ada yg menjadi berani untuk mencari teman kencan, bahkan ada pula yg jadi berkeinginan untuk bunuh diri.
 
Khusus untuk jenis rohipnol, oleh karena pil yg satu ini tidak memiliki rasa dan tidak merubah warna ketika ditambahkan ke dalam minuman atau makanan sehingga pil ini sering disalahgunakan untuk memperkosa secara diam2 teman wanita kencannya (date rape drug). Apalagi ditambah dengan efek lupa yg ditimbulkannya setelah korban menjadi sadar sehingga sering menghambat proses penyelidikan korban oleh pihak polisi.


sumber : R0ch4,Blog & segala sumber