Sunday, June 30, 2013

ce cete: Bahaya Rokok Elektronik

ce cete: Bahaya Rokok Elektronik:  KESAN BURUK PENGGUNAAN ROKOK ELEKTRONIK | Trend terkini remaja Malaysia adalah menghisap rokok elektronik sebagai usaha untuk berhen...

Shisha lebih bahaya dari rokok?

shisha01Shisha ialah sejenis peralatan paip air yang menegak dan lazim digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Ia dipercayai berasal dari India atau Timur Tengah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih lima juta penduduk di seluruh dunia meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit yang berpunca daripada penggunaan produk tembakau seperti rokok dan shisa.
Satu sesi menghisap shihsa boleh menghasilkan jumlah asap yang bersamaan dengan menghisap 100 atau lebih batang rokok. Walaupun asap terebut melepasi air sebelum disedut, namun asap yang dikeluarkan itu tetap mengandungi kandungan toksin yang sangat tinggi, termasuk karbon monoksia, logam berat dan bahan karsinogen yang lain.
shisha02

Keburukam menghisap shisha:
1. Asap shisha mengandungi komposisi toksik seperti tar, karbon monoksida, logam berat seperti zink dan karsinogen yang tinggi (karsinogen adalah bahan kimia yang membantu pembiakan sel kanser)
2. Penghisap shisha menerima jumlah nikotin yang lebih tinggi daripada penghisap rokok.
3. Asap yang terhasil daripada pembakaran bahan shisha bersama-sama asap yang dihembus keluar oleh penghisap, menyumbang kepada kesan negatif terhadap kesihatan orang di sekeliling mereka.
4. Wanita mengandung yang menghisap shisha boleh mengancam kandungannya hingga boleh mengakibatkan kelahiran bayi yang tidak cukup bulan atau pra-matang.
5. Penyakit berjangkit yang disebar melalui titisan discaj dari mulut dan hidung seperti penyakit H1N1 dan penyakit tuberculosis (tibi) mampu merebak di kalangan penghisap shihsa melalui perkongsian paip atau penyedut shisha yang tercemar dengan kuman.

Meurut “Tobacco Induced Disease 2009”, asap shisha mengandungi 36 kali lebih nikotin berbanding rokok. Nikotin memberi rasa tenang sementara dan sangat tinggi tahap ketagihannya.

Niotin akan sampai ke otak dalam masa 10 saat sahaja selepas asap shisha disedut. Oleh itu ketagihan boleh berlaku selepas beberapa sesi menghisap shisha.
Antara tanda ketagihan nikotin ialah:
1. Cepat marah
2. Kerisauan
3. Kemurungan
4. Kurang fokus
5. Kelesuan
shisha03