Tuesday, July 16, 2013

Info untuk Wanita: Fibroid dan Cyst

 


Fibroid dan Cyst merupakan sejenis penyakit ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim, tumbuh di luar atau di dalam rahim..
Ia mampu melemahkan seluruh sistem tubuh badan,
menghimpit pundi kencing,
sakit pinggang mengganggu kitaran haid,
sakit senggugut yang melampau,
menghalang pengeluaran najis hingga sampai ketahap najis terpaksa keluar melalui mulut
serta menghalang proses kehamilan
dan kelahiran untuk mengeluarkan bayi.
SEHINGGA KINI STATUS PUNCA PENYAKIT TERSEBUT TIDAK DAPAT DIKESAN..

malah tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa ketumbuhan penyakit ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

Kebiasaannya pengidap penyakit ini berumur dalam lingkungan 45 tahun ke-atas, tetapi sejak akhir-akhir ini.. pengidap termuda dapat dikesan berumur dalam lingkungan 17 tahun dan terpaksa membuang keseluruhan rahim sebelum penyakit ini menular menjadi kanser dan mengancam nyawa.
Untuk makluman sahabat2, syaitan dah mula melancarkan serangan habis-habisan ke atas umat Muhammad akhir zaman secara senyap tanpa kita sedari, mereka teramat risau akan kelahiran generasi Islam dan bakal pelapis pejuang-pejuang tentera Imam Mahdi.

Rawatan Moden:
Ketumbuhan Kecil - makan ubat yang disarankan untuk memecah dan mencairkan ketumbuhan tersebut.
Ketumbuhan Besar - perlu menjalani pembedahan membuang ketumbuhan,jika ia berisiko doktor menyarankan agar membuang rahim bergantung pada tahap kritikal penyakit itu.
Rawatan Islam:
Pengidap rajin-rajinlah membaca surah Maryam or Ambiyaa' or An-Nisaa' or Ali-Imran kerana ia dapat mengubati penyakit yang berkaitan dengan kaum perempuan seperti fibroid, ovarian cysts dan lain-lain. Sumber fakta dan info dirujuk dari buku tulisan Dr. Amran Kasimin, Dato’ Dr. Haron Din dan Prof Madya Hanafi Ismail.
Kita sering mengutamakan perubatan moden dari kaedah rawatan secara Islam, kerana perubatan moden lebih berasaskan kepada logik dan beralasan. Ramai di antara kita menenepikan KEHEBATAN DAN MUKJIZAT AL-QURAN,
Kerana itu kita sering membiarkan jiwa terlalu lama kosong dan kontang dengan bacaan Quran hinggakan tidak sedar menjadi pemangkin pembinaan 'Highway' dan Penempatan Bandar Maju Puak-Puak Syaitan yakni laluan pantas mereka bergerak keseluruh tubuh.
- moga kesempatan yang kecil menjadi permulaan kepada usaha yang besar..
InshAllah.

No comments:

Post a Comment